Monday 19 September 2016

PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA

        PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA

                              


Wajah Kuala Lumpur sebagai pusat negara






Prinsip dan Rukun Negara




                                  Lagu Rukun Negara yang dipopularkan di PLKN :









  HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi dan ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheist) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .

  • Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Penduduk di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu , cina dan india yang mempunyai kepercayaan masing-masing sebagai contohnya kaum melayu percaya bahawa alam ini dicipta oleh Tuhan dan segala amalan baik dan buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan . Bagi kaum india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari . Masyarakat india mempunyai banyak agama antaranya adalah agama hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina pula penganut agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.





   2.  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

  • Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Di Pertuan Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja tidak boleh dicari, di perlekeh dan dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali .




     3.  KELUHURAN PERLEMBAGAAN


  •   Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri 




     4.  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  •     Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama taraf nya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

  • Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang . Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

  •  Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Di dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang tentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

  • Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan adalah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri .



     5.  KESOPANAN DAN KESUSILAAN


  • Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan kepribadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang ber-tatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks hubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum berkaitan  dengan kewarganegaraan, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutnya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

2 comments: