Thursday 4 August 2016

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA



  • ·         Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • ·         Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
  • ·         Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
  • ·         Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
  • ·         Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
  • ·         Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
  • ·         Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
  • ·         Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
  • ·         Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment