Thursday 4 August 2016

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA



  • ·         Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
  • ·         Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya).
  • ·         Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
  • ·         Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
  • ·         Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
  • ·         Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
  • ·         Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
  • ·         Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
  • ·         Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Latar Belakang Penulis

Assalammualaikum , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia dari kami Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah . Pada mulanya , kami perlulah memperkenalkan diri terlebih dahulu . Kumpulan kami terdiri dari 5 Orang anak watan iaitu Amir Aisar Bin Rosli (16DEM16F1047) , Muhammad Syahier Bin Sazali ( 16DEM16F1049) , Ismareeza Hanif Bin Shaiful Adzhar  ( 16DEM16F1050) , Nabil Zuhair Bin Johari ( 16DEM16F1043) , Muhammad Izzul Hakimi Bin Ishak  ( 16DEM16F1103) dari kelas DEM 1C dan Kos Kejuruteraan Mekatronik .

Dari kiri - Zuhair , Isma , Izzul , Amir , Syahier

Blog ini dilaksanakan atas hasil usaha dan titik peluh kami dan juga hasil daripada didikan dari Puan Noraini Binti Sulaiman . Jadi sekalung ucapan dan berjuta jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Puan Noraini dan juga kepada sahabat andai yang lain yang setia menolong kami sepanjang kami melakukan blog ini .