Rukun Negara dicipta
ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah
menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan
hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara
satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai
oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tanpa
perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan
mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah
pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat
Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan
memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar
belakang dan budaya suatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun
Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis.
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di
dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
ber-muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di
antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita
mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik.
Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip
Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks
kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu;
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera serta proses dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa
prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang
terlibat membuat percaturan.
Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang
paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu
generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa
timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya
kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat.
Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini
dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.
Negara kita juga tidak sunyi
dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan
yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap
kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan
segelintir masyarakat semakin rapuh.
Prinsip ini
menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting
kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi dan ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheist) seperti fahaman komunis tidak akan
mendapat tempat di Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi
unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita .
Di dalam
Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi
Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas. Penduduk di Negara Malaysia terdiri daripada kaum melayu ,
cina dan india yang mempunyai kepercayaan masing-masing sebagai contohnya kaum
melayu percaya bahawa alam ini dicipta oleh Tuhan dan segala amalan baik dan
buruk yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan . Bagi kaum
india pula , mereka menyembah berhala seperti bulan dan matahari
. Masyarakat india mempunyai banyak agama antaranya adalah agama
hindu , Buddha dan Kristian manakala bagi masyarakat cina pula penganut
agama Buddha sahaja . Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama
masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya
menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan
agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya
mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi.
2.KESETIAAN
KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja
dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian
daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . Justeru, prinsip
kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri-ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia
perlu menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Di Pertuan
Agong dan negara. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu
bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung
negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru institusi raja
tidak boleh dicari, di perlekeh dan dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan
sama sekali .
3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran
Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran
Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang
tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang
disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi
rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan
mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan
menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap
rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan
sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara
keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa
menentukan kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di
Negara Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu
politik yang boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita
sendiri
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen
penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan
undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama taraf nya di sisi
undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan
(status sosial).
Oleh itu,
keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang .
Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti
perundangan yang paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk
menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua
warganegara Malaysia.
Namun,
kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga
melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi
undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu
menjatuhkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang
tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam
pengertian kebebasan dan hak asasi. Di dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan
dengan jelas menyebut bahawa undang-undang tentang perbuatan subversif,
tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
Perlembagaan Malaysia dikenali
sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud
ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia
terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat
Malaysia supaya tidak berlaku perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan
sesama kita tidak kira agama dan bangsa. Perlembagaan menjadi asas penting
untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan
atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi
jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua
kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan
ketinggian perlembagaan adalah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang . Sekiranya pemimpin dan rakyat di Negara
Malaysia mematuhi perlembagaan sudah pasti tidak akan berlaku isu politik yang
boleh mencetuskan pergaduhan dan memburukkan nama Negara kita sendiri .
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip
ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait
rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini
mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun
negara yang berasaskan kepribadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang
ber-tatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks hubungan etnik,
terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini,
setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri
daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada semua kaum
berkaitan dengan kewarganegaraan, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan
serta kepercayaan dan agama yang dianutnya. Kerajaan amat prihatin untuk
membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi.
Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat
mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami, mempunyai
semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima
Rukun negara itu.
Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :
Untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat di kalangan masyarakat .
Untuk memelihara cara hidup
demokratik .
Untuk melahirkan masyarakat
yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara harmoni dan terjamin .
Untuk membentuk satu sikap
yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai
corak lapisan kaum di kalangan masyarakat .
Untuk membina sebuah
masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sains dan teknologi-teknologi
yang moden .
Selain itu adalah untuk
melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakat pada hari ini supaya
semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di
dalam negara kita .
Keharmonian
negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi
demi kepentingan negara .
·Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu
Rukun Negara berkumandang di media elektronik seperti
radio,komputer dan khususnya di kaca televisyen .Sememangnya Rukun Negara perlu
dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pada hari ini warganegara Malaysia
khususnya dan penduduk Malaysia amnya . Namun tahukah kita apakah sebenarnya
Rukun Negara ?
·Apabila soalan tersbut diajukan kepada golongan
muda (dan bahkan sebilangan orang dewasa) mereka akan segera menjawab bahawa
rukun negara ada lima perkara .
·Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada
lima perkara teras tersebut seperti yang dinyanyikan itu atau yg di
pratontonkan dalam kaca televisyen saban hari demi hari .
·Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu
dicapai ataupun yang perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat sama ada
dari golongan muda atau golongan yang tua .
·Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan
kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia
semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan
Persekutuan Malaysia .
·Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami
dengan lebih terperinci apakah itu Rukun Negara .
·Dalam tulisan ini , penulis sajikan ringkasan Rukun
Negara dari segi latar belakang , objektif , prinsip dan strategi yang telah
diambil oleh kerajaan bagi mencapai objektif tersebut .
·Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakat di Malaysia.
·Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat
di Negara Malaysia.
Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama
agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa
menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
·Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak kehidupan dalam masyarakat
sekeliling.
·Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi untuk mengembang kan lagi ilmu pengetahuan
masyarakat pada hari ini.
·Rukun Negara merupakan satu ideologi negara
yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13
Mei 1969.
·Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di
bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab
menggubalnya).
·Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara
dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah
MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.
·Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh Pengarah
MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
·Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri
daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri
dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional ,
perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan
wakil-wakil kumpulan kecil.
·Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di
Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
yang ke-13.
·Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan
Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.
·Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada Raja
dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta
membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
·Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan
bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan agama.